ielachocolicious.blogspot.com

ielachocolicious.blogspot.com
SEMANIS MANA COKLAT ITU, TETAP TERSEMBUNYI PAHITNYA..

Thursday, July 28, 2011

COMMON SENSE IS NOT SO COMMON !!!!!


Assalamualaikum....

Yeahhhhh!!!!!!!!!!!

kenapa?? kenapa??

Finally... aq berjaya!!!!!

Berjaya?!!!!

Pelik tak?? Pelik kan.. kan..

huhuhuhuhuhu....

Siapa yang baca perkara di atas and tiba2 rasa nak tahu...
hah.. cepat angkat kaki kanan anda.. '____'

Well... ini sebenarnya perbualan aq dengan salah seorang kawan baik aq..
Without mention anything else, how she know what I am happy for...

So, hari ni aq nak share sikit about something that we call 'common sense'...
Yup... COMMON SENSE... Eja betol2 ek..

Dalam hidup ni ramai yang cakap common sense tu penting.
Tapi kita tahu ke ape tu common sense????

Pada sape2 yang tak tahu and tiba2 nak tahu bolehlah search kat internet atau tanya pakar..
Nak terangkan panjang bebenor penerangannya.. so ringkasannya.. :p

Pemikiran atau tindakan yang terlintas dalam otak kita bagi sesuatu situasi dimana ia berdasarkan dari pengetahuan atau pengalaman...

Aq terfikir sejenak... (berdasarkan pengalaman)
Macam mana kalau common sense kita tak sama dengan ape yang seseorang tu harapkan..
Sebab... Kita hanya mampu react bila melihat keadaan dan situasi je kan...
Tapi mustahil untuk kita baca isi hati dan pemikiran orang lain..
So, kat part mana yang common sense akan mainkan peranan????
(Tengah perah otak cari jawapan... sorry... no answer.. "_____")

Jalan terbaik....
Berterus terang lah...
Bila kita berterus terang orang lain takkan membuat andaian sendiri...
Sebab sesuatu andaian itu boleh jadi betul atau salah..

So.. peringatan kepada diri sendiri..
Ila.... Lepas ni jangan lari2 lagi...
Beranikan diri untuk berterus terang...

Sunday, July 24, 2011

Tower 2 Tower Hunt!!

Assalamualikum..
I was too exhausted today but still wanna share with you guys my experienced for Menara KL Tower 2 Tower Hunt 2011.. Such a big event that I never had dreams to experience before!!

Its happened when one of my friend call me and ask ' Ko free tak sabtu ahad nie?' I said that I not confirm yet so its just stop there until he called again on friday to confirm with me. Then I ask him all about the event before I gave my confirmation to join them BUT... hehehe.. with 1 condition!!! Because I'm the only girl on their team so I told them that I would bring 1 of my friend. If can then I'm joined them, if not they ask for somebody else.. hehehe.. such a tricky mind I had.

Well then.. they allow me!! Wait!!! =/... They allow??!!! huhh.. I thought that my trick was successful, but.. fine.. I just go then with 1 of my friend joined me. On Saturday, 6am we started our journey.

We arrived at Menara KL around 9am and for the first time ever I being there. I'm never imagine before how the Menara KL will look like but WOW!!! I'm speechless!!! Such a beautiful places!! And out of sudden, I'm proud to be Malaysian. For which we had a such beautiful places in a middle of bandar Kuala Lumpur. HEHEHE.. No regrat then!!! =p

We had the treasure hunt under 'BBM Malaysia' sponsorship for which its including our transport, hotel, food and etc.. hehehe.. (save my budget!!). The treasure hunt will start from Menara KL to Menara Alor Star, Kedah. Hahhhhh '0'!!!! Makaih.. Kedah tu. Dalam sehari dari KL ke Kedah??! (Hah.. kan da cakap Bahasa Melayu terus). Takpe.. takpe.. aku rileks lagi sebab aku fikir bukan aku yang drive.. selamat..

Treasure hunt ni sama macam treasure hunt yang lain jugak. Pergi ke checkpoint, dapat soalan, jawab, dah siap hantar baru dapat task seterusnya. Ala.. macam cerita The Amazing Race tu.  So bermula dari Menara KL, kami semua ke Muzium Telekom, (satu lagi tempat aku tak pernah jejak.=p). Nak cerita satu-satu memang panjang so aku siapkan flow terus ok.

Menara KL-Muzium Telekom-TESCO Rawang-Bukit Merah Lake Town-RnR apa ntah-Pasar Rabu-Menara Alor Star.

Tak banyak pun tapi tu la, jauh. Jadi sebab jarak yang jauh ni aku ngan member aku banyak tidur je dalam kereta. hahahaha.. Dalam pukul 5 petang, akhirnya kami sampai kat Menara Alor Star, Kedah. Lupa pulak nak bagitahu, kami group no 11 tapi kumpulan ke-16 yang sampai.hehehe.. tak apalah asal selamat sampai.

So kami pun makan-makan la sambil tunggu dia berucap bagai, masa tu baru perasan tak ada sapa pun yang aku kenal. hehehe.. Nasib aku bawak membe aku kalau tak.. sendiri mau ingat la. Sampai la ke acara penyampaian hadiah... Jeng jeng jeng.. Cuba teka kami dapat nombor berapa? Teka la.. teka la cepat..
Lambat la korang ni, kami dapat no 4... YEAHHHHHHHH!! Dapat duit dengan hamper!!!!

Tapi sebab dah penat sangat tak larat nak celebrate. hehehe... Cadang nak jalan-jalan malam tu tapi lepas check in hotel, mandi, rehat terus tertidur.... so, melepas la nak jalan kat Alor Star. Pagi tadi bangun terus siap-siap nak check out. Sedih tau.. =''(

Masa on the way balik tiba-tiba je dapat satu berita suprise!! Kami nak jalan-jalan kat Penang!!! Yeahhhh.. Sponsor kami bagi kami guna duit hadiah tu untuk berjimba di Penang. Baiknya dia!!!! Muahh..muahh..muahh!!! hehehe (mati aku kalau dia baca blog ni)

Nak masuk Penang kamii naik feri. Excited gila, maklum la... first time naik feri la katakan. Lepas tu jalan-jalan dekat Batu Feringi dan makan pasambok. Sedap gila tapi mahal nak mampus. Tapi takpe.. first time jumpa la katakan..Hehehe. Dah puas berjalan so kami pun sambung perjalanan nak balik KL tapi kali ni lalu jambatan pulau pinang pulak. Sebab first time jugak so best la..(padahal bosan kiri kanan laut)

Tapi on the way tue pn sempat berhenti ambik gambar lagi. hehehe.. kenangan ni taw. Dah penat jalan so kita tidur la dalam kereta. Sorry guys.. hehehe..

Celik jew da sampai la kita kat rumah. Heheheh.. Apalagi.. nah tengok la gambar sebagai tatapan.

p/s : ada rezeki nak join lagi sebab dapat banyak pengalaman, lagi-lagi dapat pergi tempat orang yang entah bila agaknya lagi nak sampai. pleaseeeeee.. =)


























Thursday, July 21, 2011

HEALING PROCESS!!!!!

Assalamualaikum...

Cerianya hidup aq sekarang.... Alhamdulillah....

Kepada kawan-kawan di luar sana.. Thanks so much.. Even its still not enough for what you guys did, always stay by my side, make me laugh, make me forget my pain, rebuilt my strength, and the most important make me REALIZE how wonderful this life can be....
Thankssssssssss soooooooo muchhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!

Malam nie kena rasuk hantu 'minah salleh' so please... tolong abaikan grammar mistakes (ade 's' so means banyak ouke)...

Right now i am still in recovering process.. Healing????..

Thanks to my family especially my mom..
You make me think twice..
Make me believe that there's someone better for me..
Someone who can love me as I am..
Someone who can appreciate my love..
Yes.. its true mom.. He's not worthy for me..
(All my friends agreed, even his friends)
I am happy with my life right now..
I can be who I wanna be..
I can buy what I wanna buy..
Go everywhere on every time..
No more burden and responsible..
Everything now is just me and myself...
Too glad that I am not too late for all this..
Not to late to pick up the value of my life..

This pain is gone but its still remain as a scar..
If you think I'm weak without you..
Please thinks twice cause I fell a lot better and energetic lol..
So please.. Please don't ever you come back to me..

LOVE THIS SONG SO MUCH!!!!

Tuesday, July 12, 2011

BERAKHIR SUDAH!!!

Assalamualaikum..
Akhirnya.. setelah 1tahun 5bulan 2minggu 4hari.... Episod kami berakhir jua..
Terima kasih kepada para pelakon... Samada yang terlibat secara lansung atau tidak..

Aq redha..
Kita hanya mampu merancang...
Tuhan jua yang menentukan..
Wahai hati..
Terimalah qada' dan qadar nie dengan redha..
Doakan kebahagiaanku kerana aq sentiasa doakan kebahagiaanmu...
Jangan kau sesal mengenaliku..
Jangan kau menangis memikirkanku..
Jangan kau membenci diriku...
Jangan kau terluka keranaku..
Jangan kau berhenti berjuang tanpaku..
Jangan sesekali lupa kau pernah dicintai aq..

Sesungguhnya ada hikmah di sebalik semua ini..
Bersabarlah sayangku..
Jodoh bukan milik kita..

Kepada mereka yang direstu..
Bersyukurlah...
Sesungguhnya kalian adalah insan yang sangat bertuah...

Monday, July 11, 2011

HATI... JANGAN KAU BERUBAH!!!!

Assalamualamualaikum,

Aq ternyata dalam kebingungan. Kenapa mesti aq bingung??? Pelik kan... huhuhuhu...

Aq bingung kerana aq telah hadir dalam hidup seseorang
tatkala orang itu berada di bawah,
tatkala orang itu masih mencari masa depan,
tatkala orang itu dilanda kesempitan,
tatkala orang itu keresahan,
tatkala orang itu keseorangan,
tatkala orang itu kesunyian,
tatkala orang itu ketakutan,
tatkala orang itu memerlukan teman.


Aq hadirkan diriku,
Biarpun aq sedar kehadiran ku tidak seperti lilin yang membakar diri tapi aq tetap cuba berusaha untuk berada di sisinya. Tetap mencarikannya sedikit sinar, jalan dan harapan.
Biarpun kehadiranku bagai tak dihargai. Biarpun aq terluka, aq masih mampu memaafkan dan menerimamu kembali.
Bukan sekali tapi berkali-kali.
Tatkala aq dibuang kerana orang lain, aq terima.
Tatkala aq dipersenda kerana egomu, aq redha.
Tatkala aq bersusah untuk kesenanganmu, aq ikhlas.

Orang yang melihat caraku mentertawakanku.. mempersoalkanku..
'Apa ada pada orang itu?'
'Kenapa kau sanggup buat begitu?'
'Untuk apa semua pengorbananmu?'
'Apa jaminan hidup bersama orang itu?'
'Bahagia ke bersama orang itu?'
'Tak ada ke orang lain selain dari orang itu?'

Aq bukan bodoh untuk tidak menjawab soalan itu.
Namun aq pekakkan telinga.
Aq butakan mata.
Bagiku hati lebih layak menilai untuk itu.
Tapi kini aq sendiri mempersoalkan kepada hati.
Bila mana aq kian dipinggirkan,
Bila mana kehadiranku merimaskan,

Ternyata hati boleh berubah.
Berubah biarpun selepas semua yang dilalui bersama.
Berubah biarpun selepas kau dan aq hampir ke singahsana.
Berubah biarpun selepas hilangnya orang ketiga.
Berubah biarpun selepas menerima khabar gembira.

Walau ku sedar hakikat perubahan itu.
Aq masih tetap terus berharap...
Hati.... jangan kau berubah!!!!!!!!!!!

Friday, July 8, 2011

TERIMA KASIH !!!!!!

Assalamualaikum......

Aq kembali lagi...Last entry aq citer sdeyh kan tapi la nie dok lg... hahahaa.. Aq bahagia.. Alhamdulillah... Nampaknya jodoh aq dengan POCOYO masih panjang. Aq rasa b'syukur sangat. Kenapa????? Akhirnya setelah 1 tahun 5 bulan menanti, finally, malam tadi Mak aq merestui hubungan kami... Terima kasih mak... SYUKUR ALHAMDULILLAH.....................


Aq akui...
Aq bukan seorang yang mudah berterus terang,
Setiap kali kau bertanya aq kan jawab dengan sekilas,
Sumpah.. bukan kerana aq sengaja,
Aq sebenarnya tidak pernah bijak menutur kata di depanmu,
Aq tak pernah jumpa ayat yang terbaik untuk ku sampaikan padamu,
Aq lebih rela lari sehingga hatiku tenang menghadapimu,
Aq mintak maaf.. Bukan niatku mengores hatimu..
Cuma aq takut... Takut tiap bait kata itu melukakan mu..


Aq bukan sengaja meminta untuk dipujuk,
Sesungguhnya aq memahami kesibukkanmu,
Aq memahami kepenatanmu,
Tapi rasa sayang membutakanku,
Aq terlalu lena diulit ayat pujukanmu,
Hingga aq tidak sedar kelewatanku,
Tapi kini aq sedar kau semakin lelah meluahkannya,
Kerana itu maafkan ku,


Kepada POCOYO,
Terima kasih kerana masih berpegang pada sisa2 akhir kekuatanmu.
Terima kasih kerana masih percayakan kasih sayang yang dibina.
Terima kasih kerana masih sanggup berjuang bersamaku.
Terima kasih kerana masih bersabar dengan rajukku.
Terima kasih kerana tidak menyampah denganku..
Dan terima kasih kerna masih menerimaku,
Terima kasih... Terima kasih... Terima kasih..