Assalamualamualaikum,
Aq ternyata dalam kebingungan. Kenapa mesti aq bingung??? Pelik kan... huhuhuhu...
Aq bingung kerana aq telah hadir dalam hidup seseorang
tatkala orang itu berada di bawah,
tatkala orang itu masih mencari masa depan,
tatkala orang itu dilanda kesempitan,
tatkala orang itu keresahan,
tatkala orang itu keseorangan,
tatkala orang itu kesunyian,
tatkala orang itu ketakutan,
tatkala orang itu memerlukan teman.
Aq hadirkan diriku,
Biarpun aq sedar kehadiran ku tidak seperti lilin yang membakar diri tapi aq tetap cuba berusaha untuk berada di sisinya. Tetap mencarikannya sedikit sinar, jalan dan harapan.
Biarpun kehadiranku bagai tak dihargai. Biarpun aq terluka, aq masih mampu memaafkan dan menerimamu kembali.
Bukan sekali tapi berkali-kali.
Tatkala aq dibuang kerana orang lain, aq terima.
Tatkala aq dipersenda kerana egomu, aq redha.
Tatkala aq bersusah untuk kesenanganmu, aq ikhlas.
Orang yang melihat caraku mentertawakanku.. mempersoalkanku..
'Apa ada pada orang itu?'
'Kenapa kau sanggup buat begitu?'
'Untuk apa semua pengorbananmu?'
'Apa jaminan hidup bersama orang itu?'
'Bahagia ke bersama orang itu?'
'Tak ada ke orang lain selain dari orang itu?'
Aq bukan bodoh untuk tidak menjawab soalan itu.
Namun aq pekakkan telinga.
Aq butakan mata.
Bagiku hati lebih layak menilai untuk itu.
Tapi kini aq sendiri mempersoalkan kepada hati.
Bila mana aq kian dipinggirkan,
Bila mana kehadiranku merimaskan,
Ternyata hati boleh berubah.
Berubah biarpun selepas semua yang dilalui bersama.
Berubah biarpun selepas kau dan aq hampir ke singahsana.
Berubah biarpun selepas hilangnya orang ketiga.
Berubah biarpun selepas menerima khabar gembira.
Walau ku sedar hakikat perubahan itu.
Aq masih tetap terus berharap...
Hati.... jangan kau berubah!!!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment